MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN SUMBANGAN WAKAF TERAJU EKONOMI ASNAF SDN. BHD.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 91/1//2019 bertarikh 27 Februari 2019 pihak Lembaga Pengarah TERAS telah bersetuju meluluskan peruntukan sumbangan wakaf bagi tahun 2018 sebanyak RM13,800.00 dan mengambil maklum berkenaan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2017 sebanyak RM11,225.00 seperti yang telah dinyatakan di dalam Laporan dan Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018.Untuk makluman, pembayaran zakat perniagaan telah dilakukan pada 14 Disember 2018 cek bernombor BIMB678435 manakala sumbangan wakaf akan dibuat pada pengujung Mac 2019 dengan menggunakan produk Sahabat Korporat ditawarkan oleh Perbadanan Wakaf Selangor. 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *