PROGRAM PERHIMPUNAN TAHUNAN 2019 & PELANCARAN LAMAN WEB TERAJU EKONOMI ASNAF SDN. BHD.

Pada 13 Mac 2019, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Tahunan 2019 dan Majlis Pelancaran Laman Web Teraju Ekonomi Asnaf Sdn.Bhd (TERAS) di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Majlis bermula pada jam 8:00 pagi dengan ketibaan Pemangku Pengurus Besar dan semua kakitangan TERAS yang terlibat. Sepanjang majlis berlangsung, majlis telah diacarakan oleh Encik Azroie dengan sempurna. 

Tujuan Perhimpunan Tahunan ini diadakan adalah untuk membentangkan kejayaan dan pencapaian setiap sektor sepanjang tahun 2018. Pembentangan pencapaian kejayaan sepanjang 2018 telah dibentangkan oleh Pengurus setiap sektor. Antara sektor yang terlibat ialah Sektor Agihan Makanan, Sektor Latihan Asnaf, Sektor Pembangunan Usahawan, dan Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia. Pemangku Pengurus Besar, Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim turut membentangkan Pencapaian dan Kejayaan TERAS sepanjang tahun 2018. 

Pada sebelah petang, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TERAS iaitu YB. Dato’ Haji Ibrahim Bin Md Yusof, YB. Datuk Siti Maslamah Binti Osman, YB. Dato’ Haji Bakhtiar Bin Hussin dan Puan Norraini binti Nordin. Pelancaran Laman Web TERAS telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Ibrahim Bin Md Yusof diiringi Pemangku Pengurus Besar, Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim. 

Dalam majlis yang sama, penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang 2018 dan Anugerah Pengurus Komited 2018 turut diadakan. Antara pemenang Anugerah Pekerja Cemerlang 2018 ialah Puan Zakiah Binti Khalit (Sektor Latihan Asnaf), Encik Nazri bin Badri (Sektor Pembangunan Usahawan), Puan Halimah Tunsaadiah Binti Mat Lasa (Sektor Agihan Makanan), dan Puan Norfiza binti Shamsuddin dari Sektor Sokongan. Anugerah Pengurus Komited pula telah dimenangi oleh Encik Muhammad Sayifullah bin Masiron berdasarkan peratus undian dan peratus Key Perfomance Indicator (KPI).

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *