MAIS TERIMA BAYARAN DIVIDEN 2018 DARIPADA TERAS

SHAH ALAM 20 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima bayaran dividen bagi tahun 2018 daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) berjumlah RM63,646.80.

Bayaran dividen tersebut adalah sebanyak 20% berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh TERAS. Berdasarkan pencapaian aktiviti korporat syarikat pada tahun 2018,TERAS telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM318,234.00 bagi akaun korporat berdasarkan Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 berbanding dividen pada tahun 2017 sebanyak 10% daripada keuntungan bersih berjumlah RM16,719.00.

Penyampaian serahan cek disampaikan oleh Dato’ Ibrahim bin Md Yusof Pengerusi TERAS kepada YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Pengerusi MAIS.

Hadir sama Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar Pemangku Setiausaha MAIS, Encik Mohd Farid bin Baharon Pengarah Pengurusan Korporat dan Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS.

Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) merupakan anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah beroperasi bermula pada tahun 2011 dengan menguruskan pembangunan usahawan asnaf dan latihan keusahawanan di samping menyediakan bantuan modal perniagaan serta peralatan kepada asnaf yang layak

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *