Prolintas sumbang “Food Truck” kepada Usahawan Asnaf Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.

SHAH ALAM 26 Jun 2019 – Projek Lintasan Kota Holding Sdn. Bhd. (Prolintas) hari ini menyumbang sebuah “Food Truck” kepada Usahawan asnaf bimbingan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) kepada pusat jagaan dan pertubuhan kebajikan di Selangor.

Prolintas memberi sumbangan sebuah “food truck”kepada Zaitun Awang yang merupakan Usahawan Asnaf di bawah bimbingan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.  seorang peniaga makanan daripada Bangi. Manakala, pihaknya juga turut menyumbang sebanyak dua buah kenderaan diserahkan kepada  diserahkan kepada Pusat Jagaan Kasih Harapan, Kota Damansara dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah, Ukay Perdana.

Kesemua kenderaan itu, merupakan antara bantuan yang diberikan Prolintas bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Penyerahan bantuan kenderaan pada hari itu diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *