PROGRAM HARI RAYA AIDILFITRI TERAS 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri TERAS telah diadakan bermula pada tahun 2011 dan tahun-tahun yang seterusnya. Sambutan Hari Raya Aidlfitri ini kebiasaannya hanya melibatkan kakitangan sahaja, namun pada tahun 2019 sambutan Hari Raya Aidilfitri TERAS telah melibatkan seluruh kakitangan, pelanggan,dan agensi serta anak syarikat yang lain bagi sama-sama memeriahkan lagi program ini, diharap agar ianya dapat memberi peluang kepada kakitangan TERAS untuk merasai suasana Hari Raya Aidilfitri dan disamping itu bagi mengeratkan silaturahim antara kakitangan TERAS serta pelanggan, agensi dan anak syarikat MAIS yang lain.  Pihak TERAS juga telah menjemput seramai 11 orang Asnaf yang menjalankan pernigaan  makanan termasuk Lori bergerak serta gerai bagi menyediakan juadah Hari Raya semasa program tersebut, tidak ketinggalan Projek MyBidan, My Tabib serta Pro Cleaner ini bertujuan bagi memperkenalkan perniagaan mereka kepada agensi luar.

 

 

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *