TERAS KEKALKAN PENCAPAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BAGI MS ISO 9001:2015

Tahniah untuk semua warga TERAS di atas pencapaian mengekalkan prestasi Cemerlang di dalam Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi skop penyediaan perkhidmatan Agihan Makanan kepada asnaf Fakir dan Miskin.

Hasil daripada pengauditan ISO tersebut, Sektor Agihan Makanan telah berjaya mengekalkan prestasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 dengan memperolehi skor sebanyak 92% (excellent). Syarikat melalui Sektor Agihan Makanan telah mendapat 9 strong point (SP), 8 Opportunity for Improvement (OFI) dan 0 Non Conformance Report (NCR).

Di sini, Pihak Syarikat ingin merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja yang terlibat iaitu Unit Audit dan Kualiti, Sektor Agihan Makanan, Sektor Kewangan, Sektor Perolehan dan Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia bagi memastikan sijil pengiktirafan ISO ini terus dikekalkan dengan pencapaian peratusan yang sangat baik.  Dengan ini, kita harus terus berganding bahu berusaha bagi mempertingkatkan produktiviti dan juga menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi.

Semoga ia menjadi sumber inspirasi kepada sektor-sektor lain dalam pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti secara keseluruhannya.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *