PROGRAM SIMULASI KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA

Kebakaran adalah satu bencana yang disebabkan oleh pembakaran yang tidak dapat dikawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia mungkin terjadi secara sengaja atau tidak sengaja Kebakaran biasanya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan bangunan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kadang-kadang kebakaran juga boleh menyebabkan ribut api atau kebakaran besar. Kebakaran juga boleh membawa kepada kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh sedutan asap atau terbakar. .

27hb September 2019 (Jumaat) – TERAS telah mengadakan program simulasi kebakaran dengan kerjasama dari Jabatan Bomba cawangan sungai Pinang Klang. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah:-

1- untuk bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh warga kerja TERAS mengenai kaedah menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran atau kecemasan dalam bangunan terutama di tempat kerja.

2- Untuk meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan kaedah mencegah risiko kebakaran.

3- Kemahiran dalam penggunaan peralatan memadam kebakaran dan system terhadap kebakaran dalam bangunan dan di tempat kerja.

Program ini telah bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi yang melibatkan 8 orang anggota dan 45 orang kakitangan TERAS.

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *