ZIARAH KORPORAT & MEDIA BERSAMA ASNAF (ZIKRA) 2019

24 Sept 2019 Sepang – Pihak Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan satu program tahunan iaitu ZIKRA adalah satu singkatan kepada program Ziarah Korporat & Media bersama Asnaf .

Objektif Program ini adalah memberi ruang pengalaman langsung kepada pembayar zakat dan pengamal media melihat program-program yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Zakat selangor di dalam menguruskan dana Zakat. Program ini juga memberi ruang kepada pembayar zakat menyantuni asnaf dan mengadakan program susulan selepas program ZIKRA serta mengeratkan hubungan kerjasama LZS bersama pembayar zakat dan asnaf.

Program ini melibatkan 11 syariakat pembayar zakat diantaranya adalah Syarikat Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS), Syarikat Alha Alfa dan lain-lain.

TERAS telah menerima sumbangan sebanyak RM50,090 iaitu 8 buah mesen jahit untuk diberikan kepada asnaf miskin 

 

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *