MED COOPRENEUR CARNIVAL 2019

10 Sept 2019 Putrajaya-Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dan Koperasi perbadanan Putrajaya Berhad (PUTRAKOP) dengan kerjasama Pembangunan Usahawan (MED) dan kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) telah mengadakan program MED Coopreneur Carnival (CEC) pada 8-10 November 2019 dan 9 to 5 Run Half Marathon 2019 pada 10 November 2019. Pada program kali ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah turut serta mencemar duli meraikan serta merasmikan  program karnival tersebut,  pada tahun ini pihak penganjur telah membuka ruang kepada TERAS untuk mengetengahkan usahawan asnaf dibawah bimbingan TERAS untuk meluaskan pasaran perniagaan mereka. 

Semasa program berlangsung, Tuanku telah melawat kesetiap gerai dan menyantuni semua usahawan  asnaf yang menjual juadah masing-masing.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini banyak memberi ruang baru khususnya kepada TERAS dalam memperkenalkan lagi TERAS kepada syarikat atau agensi luar yang lain. Pelbagai acara menarik yang telah diadakan antaranya forum dan wawancara gerakan koperasi, karnival jualan murah, persembahan artis tersohor, sesi penampilan selebriti usahawan, pameran konglomerat dan syarikat terkemuka serta showcase koperasi berjaya.

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *