PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN BERPOTENSI 2019

4 Disember 2019 Shah Alam – Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) telah mengadakan ‘Program Pemantapan Usahawan Berpotensi 2019’ di bilik seminar, masjid Puncak Alam bersama penceramah jemputan Ustaz Ebit Liew dan Pengasas Mamasab Bakeri. Pada program kali ini seramai 180 orang asnaf yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.

Antara objektif program adalah menaikkan motivasi para usahawan Asnaf untuk terus berusaha meningkatkan taraf hidup melalui perniagaan. Memberi keyakinan dan persediaan untuk para usahawan untuk keluar dari kategori Asnaf fakir dan miskin.

Selain dari itu, penglibatan daripada kakitangan LZS turut dilakukan bagi menunjukkan komitmen TERAS dalam membantu usahawan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan.

PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN BERPOTENSI 2019
Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *