MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN DIVIDEN, ZAKAT PERNIAGAAN, SUMBANGAN WAKAF DAN ANAK YATIM SERTA MODAL PERNIAGAAN DANA EMP IHSAN EKUINAS

Shah Alam, 27 Oktober 2021 – Majlis Simbolik Penyerahan Dividen, Zakat Perniagaan, Sumbangan Wakaf dan Anak Yatim Serta Modal Bantuan Perniagaan EMP Ihsan Dana Ekuinas Kepada Syarikat Penerima dan Usahawan Mikro Selangor.

Dalam Program tersebut, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima bayaran dividen bagi tahun 2020 daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berjumlah RM53,550.25.

Penyampaian serahan cek disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Md Yusof selaku Pengerusi TERAS kepada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi MAIS.

Turut menerima, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran bagi zakat perniagaan tahun 2020 berjumlah RM38,000.00 dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bayaran bagi sumbangan wakaf berjumlah RM25,000.00.

Penyampaian serahan cek disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi MAIS kepada YBhg. Tn. Haji Saipolyazan bin Mat Yusof Ketua Pegawai Eksekutif LZS dan Dato’ Mohammad bin Yacob Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Sesi penyerahan replika cek bagi sumbangan pembangunan kompleks anak yatim di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 bertempat di Istana Mestika Shah Alam. Penyampaian serahan sek tersebut disempurnakan oleh YBhg. Tn. Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS kepada DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor selaku Penauang YIDE.

Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dengan Kerjasama TERAS telah menyampaikan modal perniagaan kepada usahawan yang terkesan akibat daripada pendamik Covid-19. Sejumlah RM1,400,000.00 telah diperuntukan bagi tujuan suntikan modal perniagaan kepada usahawan mikro di Selangor. Dianggarkan seramai 651 penerima bakal menerima suntikan modal sebanyak RM2,000.00 setiap seorang.

 

 

Tags: No tags

Comments are closed.