AGIHAN MAKANAN

Mengagihkan bantuan makanan asasi seperti beras, gula, tepung & minyak masak kepada asnaf fakir dan miskin.

TERAS menjalankan operasi pengagihan makanan di 9 buah daerah iaitu :-

i.Klang

ii.Petaling

iii.Kuala Langat

iv.Sepang

v.Hulu Langat

vi.Gombak

vii.Hulu Selangor

viii.Kuala Selangor

ix.Sabak Bernam

PEMBANGUNAN USAHAWAN

Mengeluarkan usahawan asnaf yang berdikari, proaktif dan berkarisma melalui bantuan modal dan pemantauan berterusan untuk meningkatkan jumlah usahawan asnaf yang berdaya maju untuk keluar dari status asnaf fakir miskin

Menyediakan dan mengendali kursus serta latihan keusahawanan asnaf fakir miskin bagi menambah kemahiran kearah meningkatkan pendapatan.

UNIT JAHITAN

Pengeluar & pembekal pakaian sekolah rendah dan menengah untuk tiga daerah iaitu daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang

MEMBANTU  asnaf fakir miskin untuk memperolehi pendapatan dengan bekerja di bengkel jahitan

Pusat Latihan Jahitan (PLJ) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1, 2 dan 3 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kapasiti pelajar seramai 30 orang satu sesi.