TERAJU EKONOMI ASNAF (TERAS)
_
Perkhidmatan
Pembekalan dan Logistik
Sektor Pembekalan dan Perkhidmatan Logistik menjalankan operasi mengikut Zon seperti berikut -

- Menjalankan operasi perkhidmatan pembekalan fidyah di seluruh Selangor.
- Pengeluaran produk-produk TERAS seperti beras, minyak, bihun, kicap, sos cili, air minuman, produk retort sedia dimakan.
- Menjalankan aktiviti jualan runcit seperti Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) anjuran KPDN secara lori bergerak serta perkhidmatan pengangkutan untuk penghantaran pelbagai barangan.
Pembangunan Usahawan
- Mengeluarkan usahawan asnaf yang berdikari, proaktif dan berkarisma melalui bantuan modal dan pemantauan berterusan untuk meningkatkan jumlah usahawan asnaf yang berdaya maju untuk keluar dari status asnaf fakir miskin
- Menyediakan dan mengendali kursus serta latihan keusahawanan asnaf fakir miskin bagi menambah kemahiran ke arah meningkatkan pendapatan.
- Menyediakan khidmat rundingan perniagaan kepada usahawan-usahawan termasuk menyediakan latihan dan khidmat nasihat perniagaan.
- Menjalin kerjasama strategik dengan institusi kewangan (seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain) serta agensi kerajaan bagi mendapatkan geran atau dana sokongan bagi pelaksanaan program i-Tekad dan Wakalah di bawah ekosistem MAIS.
- Menyediakan kursus latihan praktikal penyediaan burger, roti john, roti dari aspek penyediaan bahan, pengiraan kos, higien makanan, pengurusan operasi dan pemasaran asas.
- Menjalankan aktiviti TERAS Akuakultur dengan menggunakan teknologi bioflok. (Penternakan Ikan Tilapia).
Perkhidmatan Jahitan
- Menghasilkan produk jahitan keluaran TERAS seperti pakaian seragam sekolah, telekung, tudung, kurta dan baju kurung.
- Menyediakan perkhidmatan tempahan jahitan seperti baju korporat, baju batik dan t'shirt.
- Perkhidmatan alteration.
- TERAS turut dilantik menjalankan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bersegmen anjuran KPDN untuk 'Jualan Back To School' (BTS) dan Jualan Hari Raya secara premis dan bergerak.
- Jualan Pakaian dan Fesyen di Gedung Fesyen TERAS di Petaling Jaya dan Tanjung Karang, Selangor.
- Pusat Latihan Kemahiran TERAS (PLKT) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kapasiti pelajar seramai 10 orang satu sesi pembelajaran.
- Menyediakan Latihan dan Kursus Kemahiran Jahitan secara Kursus Sepenuh Masa dan Kursus Berkala.
