Pattani, Thailand ,25-29 Julai 2024- Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah menyertai Program ASEAN HALAL EXPO 2024 (AHEX’24) yang berlangsung di Pattani, Thailand. Teras telah membawa 4 orang peserta usahawan asnaf ke program tersebut. Pemilihan peserta adalah bersadarkan potensi dan jenis produk.
Delegasi ini diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Aspalela binti Ramly, Ahli Lembaga Pengarah TERAS dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS dan dua (2) orang lagi pegawai daripada TERAS.
Penyertaan usahawan asnaf ke Ekspo ini adalah bertujuan bagi mencari peluang yang lebih luas. Disamping itu, usahawan dapat memanfaatkan ekspo perniagaan sebagai platform untuk memperluas jangkauan perniagaan, mempromosikan produk, membangun jaringan perniagaan, meningkatkan penjualan dan berkembang dalam dunia Perniagaan di luar Malaysia.