11 Ogos 2024, Shah Alam – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah menyertai Larian Merdeka anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dirasmikan oleh Y.A.D Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertempat di Dataran Kemerdekaan.
Acara ini melibatkan agensi-agensi Hal Ehwal Agama Islam negeri Selangor dan anak syarikat MAIS antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah, Lembaga Zakat Selangor, Universiti Islam Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, dan Bakti Suci Holdings.
Selain itu, TERAS juga turut membuka booth pameran untuk memberi peluang kepada pengunjung yang hadir untuk mendapatkan produk-produk TERAS serta mengenali lebih dekat tentang TERAS.

Comments are disabled.