SHAH ALAM, 4 JULAI 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih dua anugerah berprestij sempena DPIM Business Excellence Awards 2026, yang berlangsung bersekali dengan SAMTTAJ Charity Hijrah Concert 2026 di Dewan Ibnu Al-Jazari, SAMTTAJ, Shah Alam.
TERAS telah menerima DPIM Community Impact Award 2026 dan DPIM Business Excellence Award 2026. Kedua-dua anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan TERAS dalam memperkasa ekonomi golongan asnaf, membina komuniti yang lebih sejahtera serta mencipta impak sosial yang berterusan melalui pelbagai program keusahawanan, pembangunan kemahiran, bimbingan dan inisiatif kebajikan.
Pencapaian ini membuktikan komitmen teguh TERAS dalam melaksanakan misi membuka peluang ekonomi yang lebih inklusif kepada golongan asnaf.
Pengiktirafan ini diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada TERAS untuk terus memperkukuhkan usaha, memperluaskan jaringan kerjasama strategik dan mencipta impak yang lebih besar kepada masyarakat pada masa hadapan.
TERAS – Membina Ekonomi, Mengubah Kehidupan.

