Shah Alam, 28-29 September 2024 – TERAJU Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengambil bahagian dalam Karnival Zakat Selangor yang diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam. Acara ini dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena ulang tahun ke-30, menjadikannya karnival zakat pertama di Malaysia.
TERAS turut dijemput untuk membuka booth pameran perkhidmatan di Dataran Karnival, di mana pihak TERAS menawarkan perkhidmatan TERAS dan jualan lori bergerak. Produk keluaran TERAS turut dipamerkan dan dijual kepada pengunjung karnival.
Karnival ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk pameran dan jualan, tetapi juga menyemarakkan aktiviti kesedaran zakat serta perkhidmatan komuniti kepada masyarakat di Selangor.