Shah Alam, 3 Oktober 2024 โ€“ Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf Negeri Selangor 2024 berlangsung dengan jayanya di Hotel De Palma, Shah Alam. Program ini adalah hasil kerjasama antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS). Program ini bertujuan memajukan golongan asnaf dalam bidang keusahawanan, membuka peluang ekonomi lebih besar kepada mereka.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Dalam ucapannya, beliau mengumumkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM180,000 kepada 72 usahawan asnaf Selangor, selain sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM20,000 kepada TERAS sebagai sebahagian daripada inisiatif program ini.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Datoโ€™ Haji Baktiar Hussin, Pengerusi TERAS, Datoโ€™ Hajjah Aspalela Ramly, Ahli Lembaga Pengarah TERAS, Encik Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor(LZS), Encik Rezy Izwan Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, Encik Mohd Hasnul Redza Abd Rahim, Pengurus Besar, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd(TERAS) dan Encik Hairul Anuar Hj. Yasin, Pengarah Negeri SSM Selangor. Program ini diharapkan dapat melonjakkan potensi keusahawanan asnaf di negeri Selangor.

Comments are disabled.