Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) telah menganjurkan kursus Strategic Leadership yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2024 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Kursus ini memfokuskan tiga elemen utama iaitu People, Budaya, dan Leadership bagi membentuk kepimpinan berkesan dalam pasukan.
Program ini bertujuan membantu peserta membina kredibiliti sebagai pemimpin, meningkatkan minda keusahawanan, dan membentuk pasukan berprestasi tinggi. Peserta juga akan mempelajari teknik komunikasi berkesan dan cara memaksimumkan potensi pasukan melalui peranan yang tepat.
Kursus ini diharapkan dapat memperkasa peserta dengan kemahiran kepimpinan yang lebih kukuh serta keyakinan dalam berkomunikasi dan memimpin.
TERAS HEBAT & CEMERLANG!
 

Comments are disabled.