Kuantan, Pahang, 9 November 2024 – TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd telah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 yang berlangsung di Grand Hotel Darulmakmur, Kuantan.
Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang usahawan asnaf di negeri Pahang yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan taraf ekonomi.
Majlis ini dirasmikan oleh YH Dato' Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang.
Pihak TERAS diketuai oleh Pengurus Besar, En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim bersama dua Pegawai Eksekutif syarikat hadir bagi meraikan kejayaan usahawan asnaf negeri Pahang.

Comments are disabled.