795808555 1029403030101422 3816020721891879243 n

Pulau Pinang | 8 September 2026 – Pihak Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Yang terkenal dengan produk Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang.
Delegasi TERAS diketuai oleh En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, bersama Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi dan tiga orang pegawai TERAS. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Dato’ Haji Alias bin Haji Ali, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd., bersama barisan pengurusan dan warga kerja syarikat.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan operasi perniagaan, pembangunan produk, pemasaran, pengedaran serta pengurusan rantaian bekalan.
Dalam sesi tersebut, TERAS turut berkongsi mengenai peranan dan aktiviti syarikat, di samping meneroka ruang dan potensi kerjasama strategik antara TERAS dan pihak Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.
Delegasi TERAS turut berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi dan perkembangan perniagaan Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. yang telah berjaya membangunkan jenama tempatan Jeruk Madu Pak Ali sehingga dikenali secara meluas.
Kunjungan ini turut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk membina hubungan strategik serta mengenal pasti peluang kerjasama yang berpotensi memberi manfaat bersama pada masa hadapan.
Pihak TERAS merakamkan penghargaan kepada Dato’ Haji Alias bin Haji Ali serta seluruh warga Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. atas sambutan dan layanan yang diberikan sepanjang kunjungan tersebut.
796866845 1029403080101417 2703988591477769861 n 1024x768
796526590 1029402986768093 689396855358770015 n 768x1024

Comments are disabled.