15 November 2024, Kuala Lumpur - TERAS berbesar hati kerana dijemput untuk menghadiri majlis berprestij ini yang diadakan di Ballroom, The Majestic Hotel Kuala Lumpur, bertemakan pakaian batik. Majlis ini bertujuan menghargai sumbangan para penaja, rakan kongsi dan peserta pameran yang menjayakan acara tahun ini.
Acara dimulakan dengan ketibaan tetamu dan diikuti ketibaan YB Tuan Ng Sze Han, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, dan YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Pihak TERAS juga menerima anugerah penghargaan "Appreciation of the Participation" pada malam tersebut. Anugerah ini disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada penaja, rakan kongsi, serta agensi dan industri yang telah menyokong penganjuran SIBS 2024.
Wakil TERAS yang hadir termasuk Encik Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Pengurus Besar, Puan Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan, dan Puan Rohana binti Basiran, Ketua Unit Perniagaan.
Terima kasih kepada penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam SIBS 2024. Penghargaan ini amat bermakna buat kami di TERAS dan menjadi pendorong untuk terus menyumbang ke arah kejayaan bersama pada masa akan datang!

Comments are disabled.