26 September 2025 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Petaling Jaya bagi memperkenalkan peranan serta fungsi syarikat, selain meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi TERAS diketuai oleh En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS dan turut disertai oleh En. Mohd. Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Sektor Perkhidmatan Pembekalan & Logistik, Pn. Sharbani binti Saad, Pengurus Sektor Kewangan serta 3 orang pegawai TERAS.
Kehadiran kami disambut mesra oleh En. Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), En. Syaiful Akmal bin Addanan (Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia), Puan Halimaton Saadiah binti Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan) dan 2 orang pegawai YBK.
Pertemuan ini diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan TERAS kepada pihak YBK serta membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya dalam memperkasakan ekonomi asnaf dan komuniti B40. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta merangka strategi bersama yang boleh memberi nilai tambah dalam usaha pembangunan modal insan, penjanaan pendapatan, serta pengukuhan jaringan sokongan sosial kepada golongan yang memerlukan.
Semoga jalinan hubungan ini memberi manfaat yang besar kepada komuniti dan menjadi pemangkin usaha membasmi kemiskinan secara bersepadu.

Comments are disabled.