Dari 26 hingga 28 September 2025, Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dengan kerjasama strategik MBSB Bank dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah melaksanakan Kursus Keusahawanan dan Pemasaran Digital yang bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang.
Program ini menghimpunkan 30 usahawan asnaf dari seluruh negeri Pahang — termasuk peserta dari Pulau Tioman, Ulu Tembeling, serta beberapa daerah lain di bawah seliaan pihak MUIP. Sepanjang tiga hari, para peserta didedahkan dengan ilmu praktikal dalam bidang keusahawanan, pengurusan kewangan, disiplin perniagaan dan strategi pemasaran digital bagi memperkukuh keupayaan mereka sebagai usahawan asnaf.
Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan ekonomi asnaf, MBSB Bank telah menyalurkan RM120,000 dalam bentuk geran padanan, di mana setiap peserta menerima RM4,000 sebagai modal perniagaan untuk memperkukuh operasi, mempelbagaikan usaha niaga dan memperluas capaian pasaran.
Majlis penyampaian cek cura telah disempurnakan oleh En. Azmi Abd Rahim, Ketua Hal Ehwal Komuniti MBSB Bank, kepada En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, dan disaksikan oleh wakil MUIP, En. Khairudin.
TERAS amat menghargai sokongan MBSB Bank dan MUIP dalam usaha bersama memperkasa komuniti asnaf agar lebih berdikari dan berdaya saing.
Bersama kita membina masa depan yang lebih sejahtera — usahawan asnaf hari ini, peneraju ekonomi ummah masa depan.

Comments are disabled.