Cyberjaya, 23 Februari 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Keusahawanan Negara di Cyberjaya bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan usahawan.
Delegasi TERAS diketuai oleh Puan Fasihah binti Mat Radzi selaku Pengurus Besar Operasi, bersama En Mohd Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir (Pengurus Perkhidmatan Pembekalan & Logistik), Pn Hazana binti Hayati @ Emam Mukayat (Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran) serta seorang pegawai TERAS.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan usahawan, latihan keusahawanan serta inisiatif yang dapat membantu meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan asnaf secara lebih sistematik dan mampan.
Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara TERAS dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan serta menyokong agenda pembangunan ekonomi komuniti usahawan.
Usaha ini selari dengan komitmen TERAS dalam membangunkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing melalui pendekatan yang berstruktur dan berimpak tinggi.

Comments are disabled.