Petaling Jaya, Selangor | 25 Februari 2026 (Rabu) – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk 2026 bertempat di Gedung Fesyen TERAS, Petaling Jaya, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini dianjurkan dengan objektif untuk berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat di samping menyemarakkan amalan bersedekah serta memupuk semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Sebanyak lebih 900 pek bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Petaling Jaya. Agihan turut diberikan kepada warga kerja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agensi serta anak-anak syarikat di bawahnya, selain rakan strategik daripada agensi kerajaan dan swasta.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen TERAS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara organisasi dan komuniti setempat.
Seiring dengan ketibaan Syawal yang bakal menjelang, TERAS turut menjemput penduduk sekitar dan para pelanggan untuk mengunjungi Gedung Fesyen TERAS di cawangan Petaling Jaya, Klang, Tanjong Karang dan Sungai Besar, yang menawarkan pelbagai promosi serta potongan harga istimewa sempena musim perayaan.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan Syawal bersama TERAS

