KUALA TERENGGANU, 25 Februari 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam membangunkan usahawan asnaf di negeri Terengganu.
Delegasi TERAS diketuai oleh En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif), bersama Puan Fasihah binti Mat Radzi (Pengurus Besar Operasi), Pn Hazana binti Hayati @ Emam Mukayat (Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran) dan seorang pegawai.
Pihak MAIDAM pula diwakili oleh Tn. Hj. Nazli Amirri bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha, Pengurusan Zakat), En. Hj. Yaacob bin Abdullah (Penolong Setiausaha Agihan Zakat), En. Zulfakri bin Norazezan (Penolong Pegawai Tadbir Ekonomi & Keusahawanan) serta seorang pegawai.
Perbincangan menumpukan kepada strategi untuk menyediakan latihan, bimbingan perniagaan, dan sokongan pemasaran bagi usahawan asnaf. Usaha ini bertujuan membantu golongan asnaf membina perniagaan yang berdaya saing dan mampu menjana pendapatan mampan.
Kerjasama strategik ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan asnaf di Terengganu, sejajar dengan visi TERAS untuk memacu pembangunan ekonomi komuniti.

