Bangi, 27 Februari 2026 - TERAS telah menghadiri Majlis Pelancaran Nadi Usahawan Rintis (N.U.R) anjuran Universiti Islam Selangor (UIS) yang diadakan di UIS.
TERAS merupakan rakan strategik utama UIS bagi pelaksanaan program Nadi Usahawan Rintis (N.U.R), dimana kerjasama strategik ini bakal mencerminkan kesepaduan institusi dalam membina ekosistem keusahawanan yang mampan serta selari dengan aspirasi pembangunan ekonomi ummah dan negeri.
Program N.U.R UIS diwujudkan sebagai platform pembangunan usahawan rintis yang komprehensif dan berfokus, merangkumi:
  • Bimbingan pembangunan idea
  • Pemantapan model
  • Strategi perniagaan yang berdaya saing.
  • Penekanan kepada pengukuhan kemahiran keusahawanan.
  • Pengurusan dan pemasaran bagi memastikan kelestarian perniagaan jangka masa panjang.

Golongan sasaran program ini adalah seawal usia muda iaitu di kalangan pelajar UIS sendiri selain daripada golongan para belia. Pihak UIS telah mensasarkan seramai 100 orang peserta bagi permulaan program ini.

Dalam persekitaran ekonomi yang dinamik dan mencabar, pembangunan usahawan yang strategik, inovatif dan adaptif bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Sehubungan itu, N.U.R UIS berperanan untuk:
  • Membimbing usahawan rintis secara sistematik dan berstruktur
  • Menyediakan sokongan latihan, bimbingan serta jaringan industri
  • Mengurangkan risiko kegagalan perniagaan di peringkat awal
  • Meningkatkan kebolehpasaran produk dan perkhidmatan
  • Membina jaringan strategik antara usahawan, industri dan pihak berkepentingan
Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan berdaya tahan dan berimpak tinggi, seterusnya menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Comments are disabled.