452614046 425791953795869 1596121884046060843 n

SHAH ALAM, 23 Julai 2024 – Program BIZMATCH MEGA Himpunan Usahawan Selangor diadakan hari ini di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. Program ini menghimpunkan usahawan dari seluruh negeri Selangor untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan peluang perniagaan.
Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) adalah salah satu agensi yang terlibat dalam program ini, yang bertujuan untuk merapatkan jaringan usahawan serta memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta. Selain sesi bual bicara, pameran produk, dan peluang rangkaian, program ini turut menawarkan pelbagai kursus seperti Kursus Jahitan, Kursus Keusahawanan, Kursus Memasak, dan Kursus Pemasaran. Antara agensi yang hadir termasuklah LZS, BSN, Maybank, Bank Rakyat, SIDEC, MARA, RHB, Agro Bank, Hijrah Selangor, Bank Islam, SME Bank, KWSP, Klinik Usahawan Selangor, dan banyak lagi.
Acara ini dijangka menarik ramai usahawan dan bakal usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka serta mencari rakan niaga baru.
452544825 425792003795864 5383051514352799638 n 1024x768

Comments are disabled.