825273679 1044342358607489 4335777753582434312 n

MELAKA, 25 SEPTEMBER 2026 – Seramai 80 orang usahawan mendapat manfaat menerusi Kursus Kewangan dan Pemasaran untuk Usahawan yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITC), Melaka, hari ini.
Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini memberi fokus kepada pengukuhan kemahiran usahawan dalam pengurusan kewangan, aliran tunai, perancangan kewangan serta strategi pemasaran yang lebih tersusun dan berkesan.
Dalam program ini, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah dilantik sebagai konsultan dan tenaga pengajar, dengan berkongsi ilmu, pengalaman serta panduan praktikal yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan dan pengembangan perniagaan.
Menariknya, salah seorang usahawan bimbingan TERAS turut diberi ruang untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan keusahawanan, selain menyampaikan motivasi kepada para peserta. Perkongsian tersebut memberikan inspirasi kepada peserta mengenai kepentingan ilmu, kesungguhan dan keberanian dalam membina serta mengembangkan perniagaan.
Turut hadir mewakili TERAS ialah Puan Fasihah Binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi TERAS. Program ini turut menampilkan YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, yang menyumbang kepada pengisian dan perkongsian berkaitan pembangunan keusahawanan serta kepentingan memperkasa kapasiti usahawan.
Bagi TERAS, penglibatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasa usahawan agar lebih yakin, berdaya saing dan mampu mengurus perniagaan secara profesional dan mampan.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam operasi perniagaan peserta serta membuka lebih banyak peluang untuk pertumbuhan dan perkembangan perniagaan.
TERAS – Memperkasa Usahawan, Membina Masa Depan.
 
825273360 1044342298607495 7459996578799140876 n 1024x768
825273486 1044342235274168 991799877268668144 n 1024x768
825274005 1044342141940844 6928655679302915263 n 1024x768

Comments are disabled.