Shah Alam, 22 Ogos 2024 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengambil bahagian dalam pameran perkhidmatan sempena Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS). Acara yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor ini disiarkan secara langsung di RTM 1 dan merupakan hasil kerjasama antara LZS, Bank Islam, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS, bersama beberapa tokoh terkemuka lain termasuk YAD Dato' Haji Emran bin Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS merangkap Orang Besar Daerah Petaling, serta Y.A.D. Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Selangor.
Selain TERAS, agensi lain yang turut serta dalam pameran tersebut termasuk Bahagian Baitulmal MAIS dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Pameran ini memberi peluang kepada TERAS untuk mempamerkan perkhidmatan mereka kepada hadirin dan meningkatkan kesedaran mengenai usaha yang dilakukan dalam memperkasakan ekonomi asnaf.
 

Comments are disabled.