810384270 1035330199508705 3346555767063401730 n

Tanjong Karang | 15 September 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan Majlis Simbolik Tuaian Ikan Tilapia bagi Projek TERAS Akuakultur yang berlangsung dengan penuh kesyukuran dan dalam suasana sederhana. Projek TERAS Akuakultur ini telah dirasmikan pada 18 Mei 2026 dan kini mencatatkan satu lagi detik bermakna menerusi tuaian pertama hasil ternakan ikan tilapia.
Majlis turut dihadiri oleh YAD. Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin (Pengerusi MAIS), YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin (Pengerusi TERAS), barisan Ahli Lembaga Pengarah TERAS serta Ketua Pegawai Eksekutif TERAS.
Dalam ucapan beliau, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif TERAS), menegaskan bahawa tuaian ini bukan sekadar hasil ternakan, tetapi menjadi simbol bahawa usaha yang dirancang dengan baik, dilaksanakan dengan komitmen dan dipantau secara berterusan mampu memberi nilai kepada masyarakat dan alam sekitar.
Selaras dengan aspirasi MAIS dalam memperkukuh agenda Sustainable Development Goals (SDG), Projek TERAS Akuakultur turut menyokong dan melengkapkan usaha tersebut melalui pengurusan sumber akuatik secara bertanggungjawab serta amalan ternakan yang mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini mencerminkan komitmen TERAS untuk membangunkan aktiviti ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat, di samping menggalakkan penggunaan sumber alam secara berhemah.
Lebih istimewa, tetamu jemputan turut berpeluang menikmati hidangan ikan tilapia yang diternak sendiri dari kolam Projek TERAS Akuakultur, sekali gus menjadikan tuaian pertama ini lebih bermakna sebagai satu hasil yang dapat dilihat, dirasai dan dikongsi bersama.
TERAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong dan bersama-sama menjayakan projek ini. Semoga usaha ini terus berkembang, memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi ummah.
810623999 1035330246175367 6662418608711314757 n 1024x461
811902318 1035330322842026 5857121580808256223 n
811304094 1035330496175342 2429585663482163798 n
811534310 1035330402842018 6097686219374463778 n 768x1024
810731316 1035330542842004 913654428681489200 n 1

Comments are disabled.