470231558 964238748954658 642932845847100893 n

13 - 14 Disember 2024  - TERAS terus membantu memberikan khidmat bagi mengagihkan  bantuan misi banjir di KELANTAN, TERENGGANU DAN KEDAH secara pintu ke pintu sebagaimana rutin kebiasaan yang dilaksanakan  bagi agihan bantuan makanan bulanan kepada asnaf fakir miskin di Selangor. Sebanyak 5 buah lori ke Kelantan, 1 lori ke Terengganu dan 1 lori ke Kedah.

Konvoi kali ini diketuai oleh Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategik Korporat MAIS dan turut disertai En. Mohd Hasnul Redza Abd Rahim, Pengurus Besar TERAS; En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Encik Mohd Faizal Abdul Raji, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS dengan jumlah keseluruhan peserta sukarelawan seramai 100 orang terdiri daripada MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi dan anak syarikat. Sumbangan RM598,600.00 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

AKTIVITI SERAHAN DAN GOTONG-ROYONG SUMBANGAN BANJIR DI KELANTAN
Dikongsikan lensa foto sekitar simbolik serahan Sumbangan Bencana Banjir oleh Majlis Agama Islam Selangor, agensi dan anak syarikatnya serta Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Selangor kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di Masjid Sultan Mansor Kota Bharu pada 13 Disember.
Seterusnya diadakan aktiviti serahan sumbangan dan gotong-royong pembersihan sekolah di Kg berdekatan Masjid Iktikaf Faqir Mat Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan pada 14 Disember.

470242595 964980295547170 1104179078561969692 n 768x576
470214512 964981028880430 1009575372881811935 n 768x576
470183771 965004078878125 2897610993509629054 n 768x576
470169980 964979835547216 4037826450993329926 n 768x576
470213922 964979705547229 3923257334593243236 n 768x576
470208255 964979932213873 4543418394924487665 n 768x432
IMG 20241214 WA0006 768x576
IMG 20241214 WA0011 768x576
470208689 964980082213858 8058134118191638359 n 768x576

AKTIVITI SERAHAN SUMBANGAN BANJIR DI KEDAH
Dikongsikan lensa foto sekitar simbolik serahan Sumbangan Bencana Banjir oleh Majlis Agama Islam Selangor, agensi dan anak syarikatnya serta Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Selangor kepada Pejabat Agama Islam Daerah Padang Terap dan Balai Penghulu Mukim Derang, Kedah pada 14 Disember.

470149339 965106618867871 2143860219023126974 n 768x576
470220751 965106705534529 4187454959165558777 n 768x576
470129159 965106832201183 3125312909003686943 n 768x576
470205050 965106772201189 4832594877732093831 n 768x576
IMG 20241214 WA0026 768x1365

AKTIVITI SERAHAN SUMBANGAN BANJIR DI TERENGGANU
Sekitar serahan Sumbangan Bencana Banjir oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui TIJARI, agensi dan anak syarikat kepada Pejabat Agama Islam Daerah Setiu, Terengganu pada 14 Disember 2024.
Penyerahan simbolik sumbangan diadakan di Masjid Guntung Dalam, Setiu Terengganu

470234943 965112762200590 827206739278202466 n 768x576
470187213 965112982200568 465321238142921647 n 768x476
470207500 965112998867233 6662942593244884716 n 768x1024
470136650 965113105533889 6792667351443859244 n 768x1024
470139219 965113055533894 5830088419426267203 n 768x576

Comments are disabled.