IMG 0350 A scaled

29 April 2025, Klang Sentral – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Yang Amat Dihormati Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ke ibu pejabat TERAS sebagai sebahagian daripada siri lawatan beliau ke agensi dan entiti di bawah seliaan MAIS.

Lawatan ini merupakan satu penghormatan besar kepada TERAS dan telah membuka ruang strategik untuk pihak pengurusan berkongsi perkembangan semasa syarikat, termasuk hala tuju korporat, pelaksanaan inisiatif strategik, serta impak program pembangunan ekonomi yang memfokuskan kepada pemberdayaan komuniti asnaf di negeri Selangor.

Delegasi MAIS turut disertai oleh barisan kepimpinan tertinggi termasuk Datin Paduka Saudah Sulaiman (Ahli MAIS), Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar (Setiausaha MAIS), dan Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin (Timbalan Setiausaha, Dasar & Pengurusan MAIS), bersama barisan kepimpinan kanan lain yang bersama-sama meninjau operasi syarikat dan berinteraksi dengan pasukan pengurusan TERAS.

TERAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan, sokongan berterusan dan hubungan strategik yang terjalin bersama MAIS dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan ekonomi ummah. Komitmen ini sejajar dengan misi TERAS untuk menjadi peneraju dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi asnaf secara mampan dan berimpak tinggi.

#TERASSelangor #MAIS #EmpowerAsnaf #KunjungHormatl #PembangunanUmmah #EkonomiAsnaf #KlangSentral

493266350 627480903626972 6118341039481710520 n
493275868 627481046960291 3937555205300130728 n
IMG 0197 A 1 1024x543
IMG 0163 1024x683
IMG 0171 1024x683
495095079 627480993626963 8901202805194900675 n
494661318 627480956960300 6337855241406515148 n

Comments are disabled.