Serdang, 4 Julai – Delegasi TERAS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, bersama Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan, Pn. Fasihah binti Mat Radzi serta dua pegawai telah mengadakan pertemuan dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.
Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama strategik antara TERAS dan UPM, khususnya dalam program pembangunan keusahawanan dan pengurusan dapur berpusat.
UPM diwakili oleh Dr. Rozzamri bin Ashari, Timbalan Pengarah (Kokurikulum Berkredit), Faculty of Food Science and Technology yang turut membawa delegasi TERAS melawat kemudahan dapur berpusat di kampus berkenaan.
Lawatan itu bertujuan untuk melihat sendiri operasi dan fasiliti yang boleh menjadi rujukan dalam membangunkan projek atau program bersama pada masa akan datang.
TERAS optimis kerjasama ini mampu memberi manfaat kepada usahawan di bawah bimbingannya selain menyokong ekosistem keusahawanan tempatan.

