527790855 10161665965021439 2843602537282572511 n

ALOR STAR, KEDAH | 5 Ogos 2025 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK). Delegasi TERAS diketuai oleh En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif) dan turut dihadiri oleh En. Muhammad Sayifullah bin Masiron (Pengurus Sektor Khidmat Pengurusan), Pn. Fasihah Binti Mat Radzi (Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan), Pn. Nor Liza binti Abdul Manan (Pengurus Sektor Perkhidmatan Jahitan), En. Khairul Hisham bin Khairudin (Eksekutif Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan) & En. Mohd. Redzuan bin Abdul Razak (Eksekutif Projek).
Lawatan dimulakan dengan sesi ramah mesra dan berkongsi pendapat serta pengalaman dalam menjayakan Program Pembangunan Usahawan di Ibu Pejabat LZNK pada jam 10.00 pagi.
Kemudian, delegasi TERAS telah dibawa melawat Bengkel Jahitan LZNK dimana di sana terdapat 17 orang peserta yang diselia oleh seorang penyelia bengkel jahit. Setiap peserta diberikan target untuk menyiapkan sebanyak 100 pasang pakaian sekolah setiap bulan.
Kemudian, pihak LZNK juga telah membawa delegasi TERAS untuk melihat tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBBA) di Yan, KEDAH. Sawah padi tersebut diusahakan oleh 98 orang Asnaf.
Pihak TERAS merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas sambutan mesra daripada pihak LZNK dan semoga TERAS & LZNK dapat menjalinkan kerjasama erat dalam membangunkan ummah di masa akan datang.
 
528142316 10161665964271439 6822036406239984692 n 1024x768
528384415 10161665963941439 88220650734057449 n 1024x768
527780383 10161665962771439 2044364367367553704 n 1024x576
528807246 10161665962891439 3124701230423815817 n 1024x768
527579266 10161665966066439 2691783222229134715 n 1024x768
528069832 10161665966556439 8806378840373880467 n 1024x768

Comments are disabled.