23 September 2025 - Pihak TERAS telah menerima kunjungan hormat daripada pihak MAIDAM yang disertai oleh En. Hj. Yaacob bin Abdullah (Penolong Setiausaha Agihan Zakat), En. Zulfakri bin Norazezan (Penolong Pegawai Tadbir Ekonomi dan Keusahawanan) bersama empat orang lagi pegawai daripada Bahagian Sosial dan Kemanusiaan MAIDAM.
Kehadiran pihak MAIDAM disambut mesra oleh pihak TERAS yang diketuai oleh En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif TERAS), Pn. Fasihah binti Mat Radzi (Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan TERAS) dan pegawai-pegawai daripada TERAS.
Kunjungan hormat ini dimulakan dengan sesi perkongsian dan perbincangan bersama, khususnya berkaitan usaha memperkasa ekonomi ummah melalui sokongan bersama dan perkongsian kepakaran daripada kedua-dua belah pihak.
Selepas sesi perkongsian tersebut, pihak MAIDAM telah dibawa melawat sekitar kawasan Ibu Pejabat TERAS termasuk bilik-bilik latihan, Pusat Latihan Kemahiran TERAS, pejabat dan stor bagi aktiviti pembekalan dan logistik serta galeri TERAS.
Kemudian, pihak MAIDAM telah dibawa melawat ke beberapa lokasi usahawan seperti berikut:-
1. En. Mohd. Nasir bin Shariff - ternakan itik telur di Sg. Panjang, Sabak Bernam.
2. Pn. Roshidah binti Baharom - perniagaan kedai makan di Sg. Sireh, Tg. Karang.
3. En. Suffian bin Zainal - pengusaha ladang timun di Parit Mahang, Jeram.
4. En. Fairul Hamni bin Mohamad - kedai Koppe Tingkap di Kg. Bukit Kuching, Jeram.
Delegasi daripada MAIDAM juga turut dibawa melawat Bengkel Jahit TERAS di Tg. Karang, Kuala Selangor bagi melihat sendiri cara pengoperasian penyediaan pakaian di situ.
TERAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIDAM atas kesudian untuk berkunjung ke TERAS. Semoga jalinan usahasama yang terbina ini akan berterusan dan memberikan impk yng besar kepada ekonomi ummah.








