536279921 714641821577546 7760711665943374601 n

KLANG, SELANGOR | 21 Ogos 2025 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) mengadakan Program Mental Health : Minda Sihat, Prestasi Hebat bersama penceramah : Puan Sarah Aleesa binti Aguinaldo, Ahli Psikologi Klinikal Sambilan Pusat Kaunseling Selangor (PKS).
Objektif program ini adalah:
• Mengenalpasti simptom awal kemurungan, kebimbangan dan stress
• Memupuk sikap terbuka terhadap bantuan psikologi dan normalisasi kaunseling
• Menjelaskan tanggungjawab organisasi dalam membina sokongan mental di tempat kerja
• Memberi pemahaman berkenaan kaedah saringan psikologi dan langkah intervensi
Program ini diadakan dengan melibatkan warga kerja TERAS dan sesi ujian kesihatan mental juga turut dibuat sebagai satu langkah memastikan kesejahteraan psikologi mereka terjaga, dan ia juga memberikan manfaat kepada organisasi secara keseluruhan.
536147693 714642241577504 2742151475661416609 n 768x1024
536243074 714642101577518 9096335424658898681 n 576x1024
537136820 714642311577497 50063622921128548 n 1 1024x768

Comments are disabled.