Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 9 Oktober 2025 – Pihak TERAS yang terdiri daripada En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif), 3 orang Pengurus Sektor dan beberapa orang pegawai telah membuat lawatan ke Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur.
Antara aktiviti utama sepanjang lawatan adalah:
• Meninjau pempamer dalam industri makanan halal dan OEM.
• Sesi perbualan ringkas dengan beberapa pempamer berkaitan potensi bekalan produk tempatan dan rantaian logistik.
• Pemerhatian terhadap inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam memacu sektor halal dan pelaburan berimpak tinggi.
• Pengumpulan bahan informasi dan direktori syarikat untuk rujukan dan potensi kerjasama masa hadapan.
Lawatan ini memberi pendedahan berguna kepada pihak TERAS terutamanya peluang kerjasama antara agensi dan sektor industri. Hasil pemerhatian akan dijadikan input untuk perancangan strategik dan inisiatif pembangunan perniagaan TERAS bagi tahun 2026.

Comments are disabled.