563437456 17996876999832649 6526474069489448581 n 1

KSL Esplanade Hotel, Klang - 11 Oktober 2025, berlangsungnya Majlis Penyerahan Cek Cura Dana Wakalah MBSB Bank kepada seramai 35 usahawan asnaf fakir dan miskin di Selangor, dengan setiap peserta menerima RM4,000 sebagai modal tambahan perniagaan bagi mengukuhkan operasi dan memperluas potensi perniagaan mereka.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pn. Norsiah Juriani binti Johari, Ketua Kumpulan Komunikasi & Pemasaran MBSB Bank, kepada En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS), dan disaksikan oleh Pn. Nurul Aini binti Abdul Latib dari Divisyen Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS). Turut hadir dalam program ini adalah En. Azmi bin Abdul Rahim, Ketua Hal Ehwal Komuniti MBSB Bank dan Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan TERAS.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif program ini, semua usahawan terpilih turut mengikuti Latihan Pemasaran yang dijalankan bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam mengembangkan perniagaan secara strategik dan berdaya saing.
TERAS amat menghargai kepercayaan dan sokongan MBSB Bank serta Lembaga Zakat Selangor dalam usaha memperkasa ekonomi asnaf melalui pendekatan latihan dan pembiayaan berimpak tinggi untuk membina generasi usahawan asnaf yang berdaya maju, berilmu dan berdikari.
562984175 17996877743832649 5926958426890733134 n 1024x682
562310939 17996877758832649 2703617741692912168 n 1024x682
562466612 17996877770832649 6804579586393031886 n 1024x682
563211289 17996877716832649 8331809954784148101 n 1024x682
563266030 17996877734832649 8493146004563797008 n 1024x682
562605820 17996877788832649 6667473455066105492 n 1024x682

Comments are disabled.