SHAH ALAM, 10 Februari 2026 - TERAS telah menghadiri Majlis Peluncuran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2026 serta pelancaran Aplikasi Wakaf Selangor yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), semalam.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Fahmi Ngah, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor, mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), sebuah anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sebagai inisiatif berterusan bagi memperkukuh peranan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi ummah di Selangor.
Pada majlis berkenaan, kutipan Wakaf Korporat berjumlah RM400,000.00 telah berjaya direkodkan. Daripada jumlah tersebut, TERAS menyumbang sebanyak RM100,000.00 sebagai komitmen menyokong pemerkasaan ekosistem wakaf di Negeri Selangor.
Pelancaran Aplikasi Wakaf Selangor oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut memperkukuh usaha pendigitalan wakaf bagi memudahkan penglibatan masyarakat secara lebih sistematik dan berterusan.

