616196259 835291032845957 6564490485408737542 n

Kuantan, Pahang | 17–19 Januari 2026
TERAS telah berjaya menganjurkan Program Retreat Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TERAS 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Januari 2026 bertempat di Mega View Hotel, Kuantan, Pahang. Program ini berperanan sebagai platform strategik bagi menyelaras hala tuju organisasi, menilai keupayaan semasa serta memperkukuh perancangan strategik syarikat bagi tahun 2026.
Program dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Pengerusi TERAS, YBhg. Dato' Bakhtiar bin Hussin, yang menekankan kepentingan kesepakatan strategik antara Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan dalam memastikan kelestarian serta pertumbuhan berterusan TERAS. Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, En. Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, telah membentangkan gambaran menyeluruh prestasi dan fokus perniagaan TERAS merangkumi segmen logistik, produk makanan jenama TERAS, latihan keusahawanan, hab kulinari serta peluasan operasi perkhidmatan jahitan.
Hari kedua retreat memberi tumpuan kepada sesi perbincangan strategik dan penilaian realiti organisasi melalui Strategic Reality Check TERAS, yang membincangkan landskap perniagaan semasa, risiko operasi, kebergantungan kontrak serta keupayaan organisasi dalam menyokong agenda pertumbuhan jangka sederhana dan panjang. Sesi ini turut menjadi medan perbincangan terbuka antara Ahli Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan dalam memperhalusi hala tuju serta keutamaan strategik syarikat.
Pada hari ketiga, delegasi TERAS telah mengadakan kunjungan rasmi ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), dan telah disambut mesra oleh YH Tok Muda Dato' Haji Ahmad Hairi bin Haji Husain (Ketua Pegawai Eksekutif MUIP), YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP) dan Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad (Pengarah Eksekutif Institusi Ilmu Darul Makmur, MUIP Education Sdn.Bhd.). Kunjungan disusuli dengan sesi perbincangan, perkongsian pengalaman dan perancangan usahasama akan datang antara TERAS dan MUIP.
Program diteruskan dengan lawatan ke Kilang Jahit MUIP di bawah seliaan TERAS serta Projek Akuakultur YP Hevea Sdn. Bhd., sebagai pendedahan langsung terhadap operasi dan potensi sinergi strategik.
Secara keseluruhannya, Program Retreat Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TERAS 2026 ini telah berjaya mencapai objektif sebagai platform penyelarasan strategik, pengukuhan tadbir urus serta pemantapan kesepaduan antara Lembaga Pengarah dan pengurusan. Hasil perbincangan dan rumusan program ini dijangka menjadi asas penting dalam memperkukuh prestasi, daya saing dan kelestarian TERAS bagi tahun 2026 dan seterusnya.
616029302 835291109512616 6184698336362202961 n 576x1024
615345888 835290612845999 7473153352023667931 n 1024x576
617304872 835290552846005 4391044001503585857 n 1024x576
618819213 835290866179307 431834384026930535 n 1024x576
616448001 835290689512658 5736933206259112046 n 1024x576

Comments are disabled.