Shah Alam, 11 Februari 2026 (Rabu) – Program Business Matching & Hi Tea Usahawan Asnaf Jahitan 2026 anjuran Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) dengan kerjasama Public Islamic Bank Berhad telah berlangsung dengan jayanya di Hotel De Palma, Shah Alam.
Program ini dianjurkan sebagai platform padanan perniagaan strategik bagi menghubungkan usahawan asnaf dalam bidang jahitan dengan rakan industri, institusi kewangan serta pihak korporat.
Inisiatif ini bertujuan membuka peluang pasaran, memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan daya saing usahawan dalam menembusi pasaran yang lebih luas
Dalam majlis tersebut, program ini turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil daripada agensi korporat serta vendor industri yang dijemput khas bagi menjayakan sesi padanan perniagaan.
Kehadiran pihak-pihak ini memberi nilai tambah kepada program melalui perbincangan dua hala, penerokaan peluang pembekalan serta potensi kolaborasi strategik bersama usahawan asnaf jahitan.
Penglibatan aktif agensi dan vendor yang hadir jelas mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan asnaf, sekali gus membuka ruang pasaran yang lebih luas dan berdaya saing kepada usahawan TERAS.
Pihak TERAS amat berbesar hati dapat memainkan peranan sebagai jambatan strategik dalam menjayakan padanan perniagaan ini.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan asnaf yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan berimpak tinggi dalam ekonomi semasa.

Comments are disabled.