KLANG 2 OKT – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd telah membayar dividen bagi tahun 2019 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM54,814.75.

Penyampaian serahan cek disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar Bin Hussin, Ahli Lembaga Pengarah TERAS selaku wakil Pengerusi TERAS kepada YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Pengerusi Mais.

Penyerahan dividen ini juga turut dihadiri oleh Pengurus Besar TERAS Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Dr. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS dan Encik Mohd Farid bin Baharon Pengarah Pengurusan Korporat.

Berdasarkan Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2019, TERAS telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM219,259.00 bagi akaun korporat.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh TERAS sepanjang 2019 adalah pembekalan hamper makanan kering bagi program-program korporat, pembekalan pakaian seragam sekolah , tempahan jahitan seperti baju korporat, menguruskan pembangunan usahawan asnaf dan latihan keusahawanan disamping menyediakan bantuan modal perniagaan dan pengagihan bantuan makanan bulanan kepada asnaf Fakir Miskin di Selangor di bawah seliaan Lembaga Zakat Selangor.

Comments are disabled.