471258023 532546613120402 8747557506173502479 n 1

Pekan, Pahang, 19 Disember 2024 – TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat bagi Projek Jahitan Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang bertempat di Ibu Pejabat, MUIP.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH. DATO' HAJI AHMAD HAIRI BIN HAJI HUSSAIN, DSAP.,DIMP.,SAP.,AMP.,PKC. Ketua Pegawai Eksekutif MUIP. Turut dihadiri YBRS. Dr. Asmadi Bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Prof Madya Dr. Amran Bin Muhammad Pengarah Eksekuif Institusi Ilmu Darul Makmur, dan tujuh Pegawai wakil MUIP.
Pihak TERAS dihadiri oleh Ustaz Indera Sharil Bin Mohd Shahid Ahli Lembaga Pengarah TERAS, Mohd Hasnul Redza Bin Abd Rahim Pengurus Besar TERAS, Muhammad Sayifullah Bin Masiron Pengurus Sektor Khidmat Pengurusan TERAS dan dua Pegawai Eksekutif Syarikat.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Projek Jahitan Asnaf MUIP bersama dengan TERAS dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi asnaf dan keluar dari kepompong kemiskinan.
471192207 532546416453755 7729132191400618533 n 1024x768
471405232 532546519787078 3015360980228757497 n 1024x768

Comments are disabled.