SHAH ALAM, 16 Januari 2025 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan Majlis Perutusan Pengerusi TERAS bagi tahun 2025 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.
Perutusan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin selaku Pengerusi TERAS dan majlis turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah TERAS iaitu YBhg. Dato’ Hajjah Aspalela binti Ramly, YBhg. Tn. Hj. Rosli bin Rasul dan YBhg. Tn. Hj. Mohamad Mohar bin Ibrahim. Seramai 90 orang kakitangan telah hadir dalam majlis tersebut.
Majlis Perutusan Pengerusi TERAS 2024 bertujuan memaklumkan pencapaian TERAS pada tahun 2024 serta perancangan syarikat bagi tahun 2025. Dalam perutusan ini YBhg. Pengerusi TERAS menekankan berkenaan sasaran dan fokus utama TERAS bagi tahun 2025 iaitu:-
1) TERAS 1 : Kecemerlangan perdagangan dan peruncitan;
2) TERAS 2 : Kemajuan dan kemenjadian perniagaan;
3) TERAS 3 : Produk jahitan pilihan pasaran; dan
4) TERAS 4 : Keberkesanan pengurusan organisasi.
Warga kerja TERAS turut dimaklumkan bahawa kejayaan TERAS pada hari ini bukan hanya hasil usaha individu tertentu, tetapi ia adalah kejayaan kolektif yang bergantung kepada komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak.