732934698 969245026117223 2236966177621456851 n

BANGI, 29 Jun 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Islam Selangor (UIS) sebagai langkah memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan, keusahawanan dan pembangunan komuniti.
Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Bangi Resort Hotel itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, manakala pihak UIS diwakili oleh Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah.
Kerjasama strategik ini akan membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi, termasuk memperluaskan akses pendidikan kepada golongan asnaf dan B40, pembangunan bakat dan kepimpinan belia, program keusahawanan, pembangunan kemahiran serta pemerkasaan ekonomi komuniti. Melalui jalinan ini, kedua-dua pihak turut berhasrat melahirkan masyarakat yang lebih berilmu, berdaya saing dan sejahtera.
Majlis berkenaan turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara UIS dan beberapa agensi serta rakan strategik lain iaitu Al Rajhi Bank, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), DHS Hospitality Academy, Enayat Aroha Wound Lab dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha memperkasa pembangunan pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
TERAS percaya bahawa sinergi strategik bersama institusi pendidikan dan rakan industri akan menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang mampan serta memperluaskan peluang kepada golongan asnaf dan komuniti untuk meningkatkan taraf kehidupan.
"Bersama Memperkasa Pendidikan, Membangun Komuniti dan Memacu Masa Depan."
732769726 969245172783875 2964238384759094508 n 768x1024
733630255 969245092783883 1608354887971636961 n 1024x899
733427925 969245262783866 4476047413772222686 n 1024x768

Comments are disabled.