Kuantan, Pahang, 2 Ogos 2024 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengadakan lawatan kerja ke Bengkel Jahit Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor jahitan serta menilai potensi bengkel tersebut sebagai rakan strategik dalam usaha memperkasa ekonomi asnaf.
TERAS melihat lawatan ini sebagai langkah penting untuk memahami operasi bengkel jahit MUIP, di samping mencari peluang baharu yang boleh meningkatkan hasil perniagaan. Lawatan ini juga memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam usaha memperluaskan jaringan perniagaan serta memperkukuhkan ekonomi umat Islam di Kesultanan Pahang.

Comments are disabled.