Perak, 7 Ogos 2024 - Alhamdulillah, pemantauan kursus Bisnes Forensik oleh TERAS telah berjaya dilaksanakan dari 5 hingga 7 Ogos 2024, khusus untuk usahawan asnaf di negeri Perak. Pemantauan ini bertujuan memastikan para usahawan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kursus yang telah diadakan pada 25 hingga 26 Jun 2024.
Program selama dua hari ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama TERAS sebagai pelaksana. Kursus ini dirangka bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan peserta dalam bidang perniagaan. Seramai 25 usahawan asnaf terpilih telah menyertai kursus ini.
Melalui usaha ini, diharapkan para peserta dapat mencapai kejayaan dalam perniagaan dan seterusnya keluar dari belenggu kemiskinan.