Guangzhou, China, 8-12 September 2024 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan lawatan kerja ke Guangzhou, China, dalam usaha meneroka peluang kerjasama strategik dan memperluas rangkaian perniagaan syarikat. Lawatan ini memberi fokus kepada peluang baharu yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi TERAS di peringkat antarabangsa.
Delegasi TERAS diketuai oleh Dato' Aspalela Ramly, Ahli Lembaga Pengarah TERAS, bersama Pengurus Besar En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, serta pegawai-pegawai kanan termasuk Puan Sharbani binti Saad, En. Azman Shah bin Ramly, dan seorang Pegawai Eksekutif.

Comments are disabled.